Wednesday, 14 February 2018

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
  • Pengenalan
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.Ia juga terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.

  • Peranan dan tujuan perlembagaan
Menjamin kesinambungan pentadbiran dalam negara. Ia jugak menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta cara untuk melantik pemerintah dan berperanan sebagai garis panduan dalam membentuk undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.


PERKARA-PERKARA DALAM PERUNTUKAN MALAYSIA YANG MENJADI TOLAK ANSUR ANTARA ORANG MELAYU DAN ORANG BUKAN MELAYU

  • Kedudukan bahasa melayu
Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen.Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
  • Hak istimewa orang melayu
Hak istimewa orang melayu merujuk kepada 3 perkara utama :
        -Perkhidmatan awam
        -Ekomoni
        -Pendidikan
Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara 160 perlembagaan persekutuan mentakrifkan orang melayu sebagai seorang yang beragama islam , bertutur menggunakan bahasa melayu , mengamalkan adat budaya melayu dan seseorang itu telah bermastautin di Tanah melayu atau Singapura pada hari merdeka.
  •  Agama islam
Perkara 3 perlembagaan persekutuan memaktubkan agama islam merupakan sebagai agama persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

  • Kewarganegaraan
Kewarganegaraan merupakan kesetiaan yang ditunjukkan kepada sesebuah negara, bandar, daerah dan negeri dan rela menerima segala peranan dan kewajipan yang harus dilaksanakan.Secara umumnya seseorang boleh mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang atau pendaftaran.

Jika seseorang itu kehilangan hak kewarganegraan ia berdasarkan 2 sebab berikut
   -Apabila individu menolak kewarganegaraan
   -Dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu melakukan tindakan yang bertentangan iaitu tidak berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dan tidak setia pada negera.
  • Hak asasi
Hak asasi mempunyai 9 peruntukkan . Antaranya ialah kebebasan diri , kesamarataan , kebebasan bercakap atau hak terhadap harta.Perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan indivu kecuali atas faktor keselamatan , kesihatan awam dan hukuman.
  •  Jus soli
Kerakyatan jus soli adalah salah satu isu dalam bertolak ansur kearah perpaduan.  Kerakyatan ini yang menjadi tuntutan orang dagang tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Ini adalah kerana prinsip kerakyatan jus soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Namun selepas beberapa rundingan dibuat, Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan tolak ansur ini satu pakatan murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Perkara lain yang telah dipersetujui termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kesan-kesan Perlembagaan Malaysia
  • Rakyat yang berdisplin tinggi dapat dilahirkan
  • Masalah sosial di Malaysia dapat di atasi
  • Mewujudkan negara aman dan stabil
Kesimpulannya
 Permuafakatan dan tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ini juga merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Tanah Melayu mungkin tidak Berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa kontrak sosial ini kerana pihak British menjadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan. Kontrak sosial ini juga merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.